Medical Card Care Plus AXA Affin


MEDICAL CARD AXA AFFIN

Bagi mendapatkan perkara terbaik dalam hidup, anda perlu kekal sihat. Penyakit, kemalangan dan halangan perubatan yang lain boleh mengganggu perancangan masa depan melainkan anda bersedia daripada segi kewangan. Medical Care Plus AXA Affin ialah Kad Perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan meluas bagi manfaat kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi.
Melindungi Anda Bagi Perbelanjaan Perubatan Yang Mahal
Nikmati had tahunan yang tinggi. Bergantung kepada pelan yang anda pilih, tuntutan perubatan dibayar dalam satu jumlah sekali gus sehingga had tahunan sebanyak RM500,000. Kami tidak mengenakan had seumur hidup, bermakna anda akan menikmati jumlah perlindungan maksimum setiap tahun!
Melindungi Anda Dengan Manfaat Komprehensif
Urusan kemasukan hospital yang mudah dan perlindungan terhadap pelbagai keadaan perubatan. Beberapa manfaat utama termasuk Rawatan Sebelum dan Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar. Ia turut melindungi bayaran pembedahan, bekalan hospital, khidmat ambulans dan banyak lagi.
Lindungi Orang Tersayang
Bergantung kepada pelan pilihan anda, orang tersayang akan menerima sehingga RM5,000-RM50,000 jika berlaku kematian akibat kemalangan.
Membantu Pemulihan Anda   
Anda akan menerima Elaun Tunai Harian sebanyak sehari RM50 – RM200 dan lebih sehingga 150 hari bagi setiap tahun dan 750 hari limit seumur hidup beserta sijil jika anda dimasukkan ke mana-mana hospital.
Melindungi Anda Sehingga Umur 80 Tahun
Sesiapa yang berumur antara 15 hari hingga 57 tahun hari jadi berikutnya layak memohon Medical Care Plus AXA Affin dan dilindungi dari segi perubatan sehingga umur 80 tahun hari jadi berikutnya.
medical card malaysia



Nota:
  • Premium perlu dibayar akan meningkat menurut umur anda.
  • Kadar premium bagi umur 59-80 adalah untuk perubahan sahaja.
  • Premium diatas adalah sah untuk risiko standard sahaja.
  • Semua pekerjaan dibawah Kelas 4 tidak dilindungi oleh pelan ini.

No comments:

Post a Comment